0


Pelakon Rozita Che Wan kalau tak bergaya memang tak sah, sebab itu Che Ta sampai perlu sewa sebuah kondominium untuk menempatkan baju-bajunya yang dah dipakai.. Terlalu banyak sampai tak cukup almari nak simpan..

Ingat lagi tak tahun lepas Che Ta menyambut hari raya Aidilfitri dengan berapa pasang baju? Tahun lepas Che Ta dah miliki 20 pasang baju untuk hari raya.. Bakal menyambut hari raya Aidilfitri tak lama lagi nampaknya jumlah baju raya yang dimiliki Che Ta dah bertambah berbanding tahun lepas..

Che Ta akan menyambut hari raya Aidilfitri selama sebulan dan dah pun miliki 30 pasangan baju raya yang akan dipakai sepanjang hari di Aidilfitri.. Pastinya anak Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana akan melaram sakan sepanjang Aidilfitri ini juga..

Disebabkan Che Ta sangat teruja untuk mengayakan Aaisyah di hari lebaran, Che Ta bakal sediakan melebihi 50 pasang baju raya untuk anaknya itu.. Sehari mungkin Aaisyah akan tukar 2 kali baju raya..Penat Aaisyah dapat mak yang 'kaki melaram' ni..

Tapi, banyak pihak yang tak senang hati bila Che Ta dengan bangga dedahkan pada umum miliki berpuluh-puluh pasang baju yang akan dipakai di hari raya ini.. Dah nampak macam semakin riak pun ada, rasanya bersederhana adalah lebih baik..

Dari beli berpuluh pasangan baju untuk diri sendiri, lebih baik Che Ta sedekahkan berpuluh-puluh baju untuk anak-anak yatim atau orang miskin.. Ingat semua orang mampu ke nak beli baju raya di hari lebaran?

Ada juga komen pedas yang netizen tuju pada Che Ta, bermewah-mewah dan miliki berpuluh pasangan baju di dunia tapi pakaian yang akan dibawa kealam barzakh hanyalah kain kapan yang tak berjahit..hahaha.. Pedih ulu hati kalau Che Ta baca komen pedas ni..hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top