0

Bila dah tak ada rasa hormat pada mak bapak sendiri, itu dasar anak tak guna dan derhaka! Tempat yang sesuai untuk anak-anak derhaka macam tu, hanya di neraka jahanam! Orang macam tu tak sedar diri dan tak tahu bersyukur dengan apa yang dorang ada sekarang..

Contoh anak derhaka tu, macam mamat sengal kat atas! Miss baca dia punya ‘moment’ yang dimuat naik di laman sosial Wechatnya pun rasa geram dan nak belasah sampai lunyai jer.. Haishhh!

Korang baca jer lah dia punya ‘moment’ tu, kononnya tu dia ada tak puas hati dengan bapaknya.. Itu yang sakan dia dok maki hamun dan tak boleh blah tu nak bunuh bapak dia bagai!

Itulah ‘budaya’ orang sekarang, ada jer tak puas hati dengan sesuatu atau seseorang mula lah nak meroyan memaki hamun kat media sosial.. Macam mamat sengal tu pulak, dia dah tak ada rasa hormat sampai kan bapak sendiri pun nak dimaki hamun..

Entah apa yang dimarahkan sangat pada bapanya tu pun tak tahu lah, tapi perlu ke dia buat macam tu?? Miss nak ingat dia yer, dia sebagai anak perlu sedar diri, hormat dan hargai pengorbanan mak dan bapak dia selama ni..

Tanpa dorang, dia tak akan ada kat dunia ni! Tak perlu lah nak tunjuk sikap kurang ajar tu sangat, bapak dia marahkan dia tu mesti ada sebab punya.. Bayangkan kalau bapak dia baca dia punya ‘moment’ tu, apa perasaan bapak dia agaknya??

Mesti sedih dan kecewa dengan sikap anak kurang ajar macam tu, betul tak?? Nanti bila dia dah ada anak sendiri, masa tu baru dia faham apa perasaan seorang bapak kalau anak sendiri bersikap kurang ajar dengan dorang..

Anak yang menderhakai mak bapaknya, tak akan bau syurga! Selagi mak bapak korang ada, hargai dorang dengan sebaiknya.. Jangan menyesal kalau dorang dah tak ada nanti, mak bapak adalah harta paling berharga! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top