0

Manalah perginya hormat minah tu kepada bapaknya yer?? Mulut macam ‘longkang’, main bedal jer berkata-kata tanpa peduli akibat padanya nanti..

Bukan takat dikecam netizen jer, malah tunggu jer lah balasan dari Tuhan kerana menderhakai mak bapak sendiri..

Masa tu baru dia nak mencari-cari bapak untuk minta maaf! Tak boleh blah langsung tu bila dia mengatakan 'sebarkan'.. Kerek betul minah tu yer! Nak sebar apa bendanya?? Sebar dosa dia?? Memang dah tersebar pun, itukan dia nak!

Lagi satu, dia sedar tak apa yang dia cakap tu?? Kalau bapak dia tak sayang kat dia, bapak dia tak akan ambil tahu pasal dia lah.. Bapak mana yang tak sayangkan anak dia, betul tak??

Tolonglah jaga adab berkata-kata sikit, jangan disebabkan kata-kata kurang ajar tu akan ‘makan’ dirinya sendiri!

Tanpa mak dan ayah kita, siapalah kita kat dunia ni.. Minah tu patut bersyukur kerana masih mempunyai seorang ayah..

Nanti orang tua dia dah tiada, masa tu baru lah dia akan dapat rasa macam mana seksanya merindu kasih sayang seorang ibu dan bapak...

Miss sedih bila melihat anak-anak yang tak tahu hormat dan hargai mak bapak dorang sendiri.. Dorang anggap mak dan bapak dorang tu siapa yer?? Kawan ke??

Sedih lah bapak minah tu kalau dia tahu anaknya dok meroyan memaki hamun dia kat media sosial tanpa segan silu.. Haishhh! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top