0

Setelah sekian lama memberi muka... memberi peluang kedua kepada para pemberontak UMNO untuk segera bertaubat dan kembali kepada jalan benar dalam parti. Namun mereka ini tetap berdegil dan akhirnya telah menerima balasan yang setimpal.

Pemecatan dua pemimpin Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah satu tindakan yang terbaik ekoran mereka telah diberi tempoh masa hampir setahun untuk bertaubat.

Sepatutnya dorang tu dari tahun lalu lagi dipecat  jika mengikut kepada cadangan beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. Tetapi atas jasa baik ahli UMNO dan presiden hampir setahun ditangguhkan Datuk Seri Najib Razak.

“Pada 9 November tahun lalu, dalam satu mesyuarat di PWTC yang dihadiri sendiri oleh Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal, saya telah menyebut secara terbuka kepada mereka,jika diikutkan cadangan beberapa ahli MT beliau sepatutnya sudah dipecat beberapa bulan sebelumnya.

“Namun itu tidak terjadi kerana ramai kawan-kawan dalam MT termasuk saya yang masih bersimpati dan mempertahankan beliau daripada dipecat walaupun kesalahan beliau amat jelas dan tiada sebarang keraguan mengenainya. Najib sendiri memilih untuk tidak melakukannya (pecat),” kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Sudah beberapa kali Muhyiddin dan Mukhriz diberi amaran dan disuruh segera menginsafi kembali perbuatan mereka yang dilihat telah melanggar disiplin parti. Walaupun mereka tetap berdegil namun Najib masih mahu memberi peluang kepada mereka dan enggan mengambil tindakan.

“Najib pula sewaktu menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno memilih untuk berjiwa besar dengan menghulurkan tangan dan menyeru ke arah penyatuan dalam parti tapi mereka tetap langgar disiplin.

“Berikutan itu berkali-kali juga syor mereka dipecat telah dibawa kepada MT, namun Najib tetap enggan mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Mungkin juga segala perbuatan yang dilakukan dorang tu adalah bagi mencabar kesabaran parti dan presidennya. Dorang sengaja langgar disiplin parti sebab nak bagi presiden pecat dorang nak bagi menampakkan presiden teruk. Dorang tak ambil langkah keluar dari parti seperti yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Malah Tun Mahathir terlebih dahulu ‘memecat diri sendiri’ dari Umno maka anaknya dan proksinya sudah tentu sengaja dan mahu perkara yang sama atas diri mereka sendiri. Buktinya mereka terus menerus melanggar disiplin parti.

“Ingatlah tiada siapa yang seharusnya lebih besar dari parti. Tun Mahathir pun tidak. Bagi setiap tindakan itu pasti ada harga yang wajib dibayar dan perbuatan menderhaka kepada perjuangan parti dan suara majoriti.

“Apa lagi percubaan mengguling ketua parti dan kerajaan yang telah dipilih melalui proses demokrasi dan pilihan raya wajib dibayar dengan harga yang mahal,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top