0

Kalau nak diikutkan, anak patung yang dijual dipasaran sekarang ni berlambak sangat.. Korang boleh dapati dalam pelbagai rupa.. Contohnya tu ada buaya, zirafah, kuda, bintang dan banyak lah lagi kalau nak disenarai..

Kebiasaannya isi badan anak patung tu, diisi dengan span atau kabu berbulu.. Betul tak?? Tapi lain pulak isi badan patung buaya kat atas tu, lain daripada lain sangat!

Cer korang lihat gambar di atas tu dan perhatikan isi badan anak patung tu! Miss tengok pun rasa jijik dan kembang tekak jer, dalam masa yang sama geram gila! Boleh pulak isi badan patung buaya tu diisi dengan Kotex terpakai, kurang ajar betoii!

Dua gambar patung buaya yang berisi penuh dengan Kotex terpakai tu, mula tersebar di media sosial dan menarik perhatian ramai..

Ramai yang mengkritik dan merasa jijik sangat selepas melihat gambar tu! Mana tidak, pembekal patung tu betul-betul aniaya pembeli lah..

Itulah dikatakan peniaga mata duitan, mengaut keuntungan dengan cara keji! Lagi satu, harga untuk beli patung macam tu bukannya murah.. Mahal pulak tu!

Tapi sekali dapat berisi Kotex terpakai pulak.. Sakitnya hati kalau terkena macam tu, rasa macam bangang jer! Haishhh! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top