0

Haish kalau dah jahat nak buat kerja jahat pun tak kira bila, ingatkan bulan Ramadhan syaitan semua diikat, kurang sikit gejala-gejala tak elok akan dilakukan.. Rupanya, kalau dah jenis suka main benda kotor ni, tak kisah la bulan Ramadhan atau tidak mesti buat kerja jahat juga..

Awal pagi tadi Miss A dapat maklumat pihak polis dah berjaya menahan seorang lelaki dan menjumpai lebih sekilogram dadah jenis ganja di kediaman mewah Persiaran Syed Putra.. Lelaki yang ditahan miliki ganja itu merupakan anak lelaki pada seorang pelakon veteran wanita..

Pihak polis dah buat serbuan di rumah mangsa kira-kira 7 pagi dan anak lelaki pelakon veteran wanita yang berusia 22 tahun dah dijumpai.. Dua ketulan mampat ganja seberat 1.03 kilogram dijumpai dalam beg silang..

Anak pelakon tu dedahkan mula terjebak dengan gejala dadah sejak umur 18 tahun lagi, waktu ditahan anak pelakon itu dah pun positif dadah.. Pelakon wanita veteran ini pernah popular ketika era 80-an.. Uolls agak-agak boleh teka siapa pelakon wanita veteran yang ada anak terlibat najis dadah ni?

Bila diminta beri kenyataan bila dapat berita anak terlibat dadah pelakon veteran tu tak mahu beri sebarang ulasan dan minta hormat privasi.. Keadaan suami pelakon veteran tu pun tak sihat, suaminya menghidap penyakit strok tahap serius.. Banyak hint yang Miss A dah bagi ni, uolls fikir la sendiri siapa..hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top