0

Manusia tak tahu nak bersyukur dengan rezeki yang diberi melimpah ruah.... haaaa macam ni la jadinya. Kalau tak tolong rakyat kata pemimpin negara ni dok tindas rakyat dan kikis habis semua harta rakyat.

Sampai rakyat kat Malaysia ni habis jadi papa kedana dan terpaksa kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Agaknya rakyat kat Malaysia ni habis jatuh miskin dan hanya mampu makan pasir dan batu je kot, gara-gara ‘dikikis’ kerajaan.

Tapi bila pemimpin kerajaan sibuk dok bantu rakyat, prihatin terhadap rakyat dan jaga kebajikan dorang demi kehidupan yang lebih baik. Lain pulak jadinya, ada segelintir manusia kat Malaysia ni tak tahu nak bersyukur..., dorang cakap yang kerajaan bagi rakyat makan dedak pulak.

Aikkkk.. Apa masalah korang ni?? Bila kerajaan tolong korang cakap bagi makan dedak pulak... Tapi kalau tak tolong kata kejam pulak... eshhhhh tak faham betul la. Kerajaan bina rumah kos rendah, sekolah, pembangunan, peluang pekerjaan dan macam-macam lagi untuk kesenangan korang di masa hadapan.

Tapi spesis manusia tak tahu malu dan tak tahu nak bersyukur dengan rezeki yang dikirimkan oleh Allah Taala melalui keraajan telah disalah ertikan. Anggap pulak segala bantuan tu dedak! Ini mesti kes terpengaruh dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir takpe la suka bagi korang makan dedak... dedak tu untuk haiwan je! Atau mungkin Mahathir anggap rakyatnya haiwan kot sebab tu dia suka bagi makan dedak opssss! Disebabkan itu juga rakyat kat Malaysia ni jad tamak dan tak tahu nak bersyukur... Anggap semua pemberian ikhlas ni adalah dedak sebab mungkin juga dorang ni kerap makan dedak yang Mahathir bagi.

Kesian dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selama ini berkorban untuk kesenangan rakyat. sanggup bina hospital, pembangunan, sekolah dan beri kemudahan kepada rakyat untuk kesenangan mereka, tetapi telah disalah ertikan.

Manusia-manusia yang tak bertamadun ni dan tak tahu nak mensyukuri segala kesenangan yang dihulurkan tergamak memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan, sehingga ada yang mengguris hati mereka.

Geng-geng pemain politik kotor pula suka mempermainkan isu bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan dan bertindak mengelirukan rakyat. Dorang tanamkan sifat takbur dalam diri rakyat sehingga ada rakyat yang terpengaruh.

Manusia yang terpengaruh dengan pembangkang ni la yang dok kata segala bantuan kerajaan tu adalah dedak. Patutnya dorang ni kita sumbat je mulut tu dengan dedak betul, baru dorang berakal sikit. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top