0

Kadang-kadang rasa bosan betul dengan Bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin. Perempuan ni pun sibuk-sibuk nak masuk campur urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar walaupun dia takde kena mengena langsung.

Sama la macam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad... Sebab tu Anina ni mampu jadi anak buah kepada Mahathir sebab perangai pun sama macam orang tua tu. Sudah la takde kena mengena, lepas tu si Anina ni suka hati je tuduh Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bukan-bukan.

Kata Anina, jangan mengundi calon BN bagi kawasan Kuala Kangsar dan Sungai Besar... Alasannya sebab calon BN tu bersekongkol dengan pemerintah yang ‘zalim’. Bukan tu je, Anina ni siap mengibaratkan tindakan memberi undi kepada BN umpama menghalalkan wang yang ‘dicuri’ perdana menteri sepanjang memerintah negara menerusi skandal 1MDB.

“Menyedari hakikat perit UMNO sudah menjadi parti Najib, maka saya mengambil pendirian tegas calon Najib perlu dikalahkan dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Satu undi untuk calon parti Najib adalah satu undi untuk menghalalkan setiap sen yang dicuri Najib. Setiap undi untuk calon parti Najib, bermakna satu undi untuk bersubahat dengan wang yang haram dimakan umat Islam.

“Satu undi untuk parti Najib pasti akan menggelapkan kehidupan seorang anak cucu rakyat Malaysia,” katanya.

Entah gila meroyan apa si Anina ni?? Kepala pun dah tak betul agaknya, sebab tu sesuka hati je keluarkan tuduhan macam tu. Padahal Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM), Rushdan Mohamed  telah mendedahkan bahawa calon BN bagi PRK tersebut masing-masing mempunyai rekod yang baik.

“Sebagus mana calon dihantar oleh BN, pemimpin tersebut tidak akan ke mana kerana kebaikan mereka tidak akan mengatasi kejahatan atau keburukan yang dilakukan tuan (presiden UMNO) mereka,

“GKCM turun ke kedua-dua lokasi PRK. Kami akan berkempen kepada parti yang menentang Najib iaitu AMANAH.

“Saya yakin rakyat juga menyokong apa yang GKCM buat, iaitu mereka memberi undi kepada parti yang melawan Najib (BN)” katanya. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top