0

Desas-desus sebelum ni mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad, akan turun ke Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk berkempen bersama Parti Amanah Negara (PAN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK). Tun M juga akan turut berkempen bersama-sama Pakatan Harapan untuk menentang Barisan Nasional (BN).

Mungkin Tun M terlalu taksub untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sampaikan sanggup berkempen bersama pembangkang bagi menjatuhkan BN. Betul ke Tun M hanya membantu pembangkang untuk menang ataupun  dia sendiri akan memanfaatkan situasi ni untuk menyerang Najib?

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa terkilan beliau dengan kenyataan ‘Umno bahagian pemakan dedak’ yang dibuat oleh Tun M di hadapan orang bukan melayu semasa bekempen bersama pembangkang di Parlimen Sungai Besar. Nampaknya, Tun M ni dah nyanyuk teruk, dulu Umno bahagian yang banyak membantu dia tapi bila bersama pembangkang dia tuduh pulak pihak Umno bahagian ni kuat makan dedak.

"Lebih 30 tahun saya membela Tun (Mahathir) sebelum ini. Adakah kerana saya makan dedak? Adakah kami, ketua-ketua bahagian kaya? Apa yang disogokkan kepada kami? “, katanya

Rasanya, Tun M ni marah sebab UMNO bahagian tak sokong deklarasi rakyat dan masih berpihak kepada Najib. Sebab tu.. semua orang dah jadi musuh dia sekarang ni termasuk yang pernah berbakti kepada dia dulu. Kesian jugak sampai di tuduh pemakan dedak oleh Tun M sendiri. Jasa yang ditabur untuk Tun M selama ni sia-sia ja.. melayu yang macam Tun M ni la yang mudah lupa.

"Saya duka cita dia tuduh kami di hadapan orang bukan Melayu di bulan yang mulia ini. Kami berkorban dengan macam-macam cara ketika bersamanya," katanya

Selain itu, Tun M juga tidak menunjukkan sebarang keikhlasan untuk bersama Pakatan tetapi memandangkan PRK kali ni boleh dijadikan batu loncatan untuk dia menghasut rakyat membenci Najib, jadi Tun M pun tebal muka je la bersekutu dengan Pakatan Harapan menerusi Deklarasi Rakyat.

Jika cara ni berhasil mungkin akan memberi impak terhadap kepimpinan Najib jadi sedikit sebanyak dapat memuaskan hati dia kerana dapat menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri sebagai presiden parti Umno dan BN. – Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top