0

Dengar khabar angin menyatakan surat kedua dari Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada anggota-anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah semalam keluar dari tirai besi. Namun apa yang menghairankan, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali langsung tak tahu pasal surat tersebut.

Aikkkkkk.... Tak kan timbalan presiden parti pun tak tahu pasal surat kedua Anwar?? Anehhhnya! Kata Azmin, dia langsung tidak tahu berhubung surat kedua yang ditulis Anwar malah diriny sendiri tidak pasti mengenai keberadaan dan kesahihan surat tersebut kerana belum melihat surat yang dikatakan itu.

Azmin berkata demikian ketika ditemui media di Sungai Besar semalam... Betul ke Anwar  yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh tekah mengeluarkan surat kedua bagi mengingatkan partinya supaya berhati-hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad???

Sebab sebelum ini surat pertamanya telah menjadi isu dan kontroversi... Iyela, dah la dok dalam penjara lepas tu suka-suka hati pulak dok bawa keluar surat tanpa kebenaran. Kalau ikut peraturan penjara mana boleh bawa masuk atau keluar sesuatu benda.

Nampaknya Anwar kali ini masih tidak serik.... Doa tetap melakukan perkara yang sama. Apa yang membezakan surat kali ini adalah surat tertutup dan hanya dituju khas kepada Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin. Surat pertamanya kan dibuat secara terbuka.

Dalam surat kedua dengar kata Anwar menasihati anggota parlimen Bukit Katil itu supaya menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati ketika berurusan dengan bekas perdana menteri itu.

Yela sebab Shamsul Iskandar kan sejak kebelakangan ini sering dilihat menghadiri beberapa pertemuan dan majlis dihadiri Dr Mahathir. Sebab tu la Anwar bagi warning dan mengingatkan semua ahli PKR supaya berwaspada dengan bekas perdana menteri berkenaan.

Hairan jugak dengan Anwar Ibrahim ni... Walaupun berada dalam penjara besi tapi semua perihal mengenai parti habis dia tahu. Paling menyampah bila semua dia nak masuk campur padahal tak mampu buat apa pun, makan tidur je dalam penjara.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top