0

Pelik sangat dengan karenah Pakatan Harapan ni... Pada mereka pasti ada sahaja tidak kena jika sesuatu perkara itu ada kaitan dengan Barisan Nasional (BN). Kadang-kadang perkara yang tak salah pun dijadikan isu sehingga menampakkan sesuatu perkara itu seperti salah besar.

Tertanya-tanya juga Gomez, apa salah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri di mata Pakatan Harapan?? Sehingga Pakatan Harapan menganggap kenyataan yang keluar dari mulut Nancy berbaur ‘ugutan’.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menuduh Nancy membuat satu ugutan kepada pengundi di Sungai Besar semasa berkempen Pilihan Raya kecil (PRK) supaya memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi. Kononnya menurut Khalid, si Nancy ni terdesak la sampai tergamak ‘mengugut’.

“Adakah mereka sudah begitu tertekan sehingga tidak ada cara lain selain mengugut pengundi di Sungai Besar.

“Saya rasa itu amat memalukan jika Nancy mengeluarkan kenyataan sedemikian mengugut rakyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat AMANAH Sungai Besar hari ini.

Hairan jugak... Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengugut’ si Khalid ni?? Padahal Nancy cuma berkata sekiranya calon BN dipilih menjadi penyandang kawasan tersebut..., pastinya mereka akan mendapat bantuan yang cepat dan segera dari kerajaan persekutuan.

Iyela... Sebab calon BN dan sudah sehala dengan kerajaan persekutuan... Jadi lebih memudahkan dan melanjarkan perjalanan kerja jika hendak dibandingkan dengan pembangkang yang banyak karenah dan perangai tu. Jadi di mana ugutan yang dimaksudkan Khalid tu??

“Kalau beliau (Budiman) tidak dipilih, kadang-kadang bantuan agak lambat kalau bukan sesama parti dalam kerajaan. Biasa kalau bersama dalam kerajaan ini mudah membantu memberi perkhidmatan kepada orang.

“Jadi saya mengharapkan pengundi di Sungai Besar mengambil peluang ini memberi peluang kepada beliau sebagai ahli Parlimen,” kata Nancy.

Cara Nancy berkempen itu adalah dengan cara yang bersih dan bukannya guna taktik yang selalu digunakan pembangkang iaitu dengan memburukkan parti lawan. Tapi hairan... Guna cara yang betul pun Khalid sifatkan itu sebagai tidak menghormati dan mengugut rakyat. Yang dorang tu perburuk lawan takpe pulak!

“Sebenarnya siapa sahaja yang dipilih rakyat perlu dihormati dan diterima oleh kerajaan BN dan tindakan mengugut sebegitu rupa amat memalukan,” kata Khalid. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top