0

Ketika mana bapanya diherdik Dato' Seri Nazri Aziz yang seolah hilang sabar kerana 'nyanyuk' yang sudah melampaui batas, dia tampil mempertahan bapanya. Penulis fikir, jika Nazri ada di depan matanya ketika itu, mungkin sudah ditinjunya Menteri Pelancongan itu.

Tapi selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bapanya teruk dihentam PAS, terutama anak mantan Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz. Pedas juga hamburan kata anak kepada Allahyarham Dato' Nik Aziz Nik Mat itu pada bapanya...

Bapanya dikatakan sebagai 'tercabut taring', tidak lagi siginifikan, tidak lagi berpengaruh dan rakyat sudah tidak lagi yakin padanya. Hampir setiap hari, ada saja terjahan-terjahan pedih dilempar kepada 'diktator' itu.

Mana dia pergi? Sibuk membeli juadah di bazar Ramadhan? Jadi tahun ini tidak bawa keluarga berpuasa di London, Madrid atau Paris? Atau sedang giat menghentam orang di sana sini yang enggan memberi laluan untuk menjadi Perdana Menteri 'Ekspress'?

Kenapa tidak bidas PAS kembali? Kenapa tidak keluar kenyataan menghentam Nik Abduh? Takut untuk menyerang Ketua Pemuda PAS itu? Tapi berani pula sebar tohmahan dan membenarkan 'macai-macai' menyerang parti sendiri?

Khabarnya 'berani' sangat. Khabarnya dia seorang sajalah 'anak jantan' dalam negara ini. Tiada yang jantan selain dia kononnya? Tidak cukup jantanlah jika takut isteri hingga terpaksa naik kapal terbang berulang-alik setiap minggu. Tidak cukup jantanlah jika tidak pertahan bapa sendiri...

Pada pandangan penulis, 'aristokrat' itu perlu akui bahawa dia tidak mungkin boleh menang jika hanya berpaksikan pada tohmahan palsu dan tidak benar. Budaya fitnah memang tidak boleh menang sebab kebenaran itu adalah lebih tinggi nilai dan kedudukannya.

Jika mahu menjadi Perdana Menteri, maka ikhlaskan diri. Fahami selok belok 'sepak terajang' di dalam parti. Kenali akar umbi yang menjulang nama dan berkorban berkempen untuk kita. Tapi kalau nama AJK sendiri pun tidak tahu, jangan haraplah boleh jadi Perdana Menteri.

Jika selalu 'hilang' dari kawasan dan hanya wakilkan saja pada 'macai', jangan haraplah rakyat akan sanjung. Jika hanya fikir populariti selfie dan bergambar dengan peminat boleh jadi Perdana Menteri, rasanya Rani Kulup sudah lama jadi Perdana Menteri.

Itulah payahnya bila 'aristokrat' anak 'diktator' mahu naik cepat. Jika tidak ukur baju di badan sendiri, inilah hasil natijahnya. Jangankan hendak jadi Presiden UMNO, bertanding lawan Ketua Pemuda pun tewas. Naib Presiden pun tak lepas?

Muhasabahlah diri. Berdiri depan cermin, suluh diri selama mungkin hingga kenal di mana salah silap dan kelemahan diri. Sempena Ramadhan ini, bawalah bapa tunai umrah dan bertaubatlah depan Kaabah.

Benar kata Nik Abduh, bapanya perlu berada di atas tikar sejadah di depan Kaabah, bukan disisi Lim Kit Siang. Belajarlah bertatih mendaki tangga politik. Jangan fikir bapa bekas Presiden maka bila-bila masa saja kerusi itu boleh diwarisi pada anak. Faham? -Amir Hamzah/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top