0

Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang masih lagi berada di Mekah untuk menunaikan umrah dan berpuasa di tanah suci.. Sepanjang menunaikan umrah Awal dan Scha turut membawa anaknya iaitu Lara Alana..

Pasangan ini selalu kongsikan beberapa gambar dan video gelagat comel Lara.. Berada di tanah suci Mekah penampilan Lara kebanyakkan selalu berhijab dan mengenakan jubah kanak-kanak.. Walaupun masih lagi kecil, Lara nampak langsung tak kekok mengenakan hijab..

Memang comel sungguh Lara mengenakan hijab dan berjubah dah macam anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana.. Tapi, ada beberapa keping gambar dan video terbaru yang dimuatnaik Awal di akaun Instagram Lara dah pun buatkan peminat berbalah..

Gambar tu menunjukkan Lara berpakaian singlet tanpa lengan dan mengenakan hijab.. Kalau imej ni uolls jumpa wanita yang dah besar panjang pakai mesti uolls rasa nak lempang je kan? Iyerlah dah besar panjang tapi tak reti nak pakai pakaian menutup aurat dengan betul, otak letak tang mana pakai tudung tapi dedah lengan..

Disebabkan itu jugalah peminat pertikaikan cara Lara berpakaian.. Ada antara peminat yang berang dengan Awal sebab tak pakaikan pakaian yang sesuai untuk Lara yang dah mengenakan hijab.. Sebagai seorang ayah, Awal patut ajar anaknya pakaian baju yang sesuai kalau berhijab..

Tapi, ada juga antara peminat yang tampil ‘backup’ cara Lara pakai.. Tak silap Miss A Lara tu baru umur setahun lebih kot.. Dalam Islam perlu mengajar dan melatih anak ketika usia 7 tahun.. Masih lagi kecil, boleh dimaafkan kot kalau pakai baju dedah lengan walaupun pakai tudung.. Apa pulak pendapat uolls? MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top