0

Sedangkan gelang emas yang dipakai di leher dan di pergelangan tangan pun sering menjadi buruan pencuri.. Inikan pulak bila mendapat tahu jam tangan Rolex berharga RM40,000 akan dipakai oleh pelakon Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida..

Beberapa minggu lepas viral di media sosial bila Fida telah memuatnaik gambar hadiah kek berharga RM50,000 di akaun Instagramnya.. Disebabkan hiasan kek yang nampak kurang berbaloi dengan harga, ramai peminat yang mempersoalkan kenapa harga kek itu terlalu mahal..

Tak mahu peminat terus bertanda tanya, Fida maklumkan kek itu menjadi mahal sebab di atasnya adalah jam tangan jenama Rolex bernilai RM40,000.. Jam itu telah di hadiahkan oleh rakan-rakannya sempena hari lahir pelakon itu..

Telah menjadi tajuk utama di media sosial bahawa jam tangan Fida berharga RM40,000, Fida tampil dedahkan jadi takut kalau nak pakai ja itu kalau pergi ke mana-mana.. Fida hanya akan pakai jam itu untuk majlis khas sahaja..

Kalau setakat Fida keluar berjalan nak beli makan di bazaar memang Fida tak akan pakai..hehehe.. Salah satu cara untuk elakkan diri dari dirompak, iyerlah disebabkan dah dedahkan harga jam Rolex itu, Fida boleh menjadi mangsa pencuri..

Dah viral baru sedar nak takut, yang tangan tu gatal muatnaik gambar dan dedahkan harga jam tangan mewah tu kat laman sosial dah kenapa? Wanita kaya dan cantik tak sementinya bijak, ye dak?hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top