0

Ingat lagi tak dengan drama yang mendapat sambutan hebat suatu ketika dulu iaitu ‘Dunia Baru’? Barisan pelakon drama yang terdiri dari Elyana, Anne Ngasri, dan Anita Baharom.. Dah lama tak nampak kelibat 3 sahabat ini muncul di kaca TV setelah semua dah berumahtangga..

Masih lagi aktif dalam industri seni adalah Elyana, aktif dalam bidang nyanyian.. Anita yang sudah pun berhijrah mengenakan hijab memang jarang muncul di kaca TV.. Miss A dapat tahu Anita dah pun memperlahankan aktiviti dalam kerjaya seni sebab Anita nak aktif dalam aktiviti menyebarkan dakwah..

Nak mencari pengalaman baru Anita mula berjinak-jinak menyertai aktiviti amal kebajikan anjuran Yayasan Amal dalam membantu masyarakat susah di pedalaman sambil berdakwah..

Antara tempat yang dah pun dikunjungi Anita adalah Sarawak di sebuah kampung Bungan Kecil, Sibu.. Dulu bergelar pelakon dalam industri seni, dah berhijrah terus bergelar seorang pendakwah? Jangan nak jadi pendakwah segera sudah la, netizen gelar 'ustazah segera'..hahaha

Walaupun memang banyak artis-artis lain yang mula melakukan aktiviti kebajikan, Anita maklumkan dia buat benda tu bukan sebab ikut trend artis-artis.. Mula libatkan diri dalam aktiviti dakwah bila di ajak oleh rakan artis yang memang aktif dalam kerja-kerja amal..

Asal artis mula berhijrah je boleh terus bergelar pendakwah dan jadi ustazah 'mee segera' dan bagi ceramah kat orang ramai.. Senang betul dapat lesen untuk berdakwah pada orang ramai.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top