0

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mesti ingin menimang cahaya mata sendiri.. Baru enam bulan bergelar suami isteri, penyanyi Marsha Milan Londoh dah pun rasa tertekan sebab masih lagi tak bergelar ibu..
Marsha akui teringin nak menimang cahaya mata sendiri, setiap kali Marsha rasa ada tanda-tanda kecil seperti wanita mengandung penyanyi tu mula rasa teruja dan rasa diri dah mengandung.. Sebenarnya tak ada apa-apa pun, Marsha masih lagi tak mengandung dan semua tu hanya bagi harapan palsu..
BIia orang ramai mula dok bertanya soal hamil, buatkan Marsha lagi bertambah tertekan.. Tapi, Marsha fikir positif setiap yang bertanya tu seperti doa supaya dirinya cepat dikurniakan zuriat.. Biasalah orang bukan boleh tengok artis dah kahwin tak ada anak.. Kalau boleh sebulan kahwin terus kena hamil, tambah pulak Marsha dilihat banyak kali bercuti ke luar negara bersama suami..
Itu yang makin banyak yang berharap Marsha untuk hamil.. Menerusi akaun Instagram milik Marsha, kalau ada gambar yang dimuatnaik penyanyi itu menampakkan badannya berisi, mula peminat tinggalkan komen bertanya sama ada Marsha sudah hamil.. Miss A sendiri akui tengok Marsha nampak sedikit berisi..
Menyambut bulan Ramadhan pertama sebagai suami isteri, Marsha akui teruja dan gembira sebab dapat menjalani ibadah puasa dan menunaikan solat terawih bersama suami.. Sepanjang Ramadhan ini Marsha dan suami pun dalam proses berdiet.. Memang betul berat badan Marsha naik, tapi berisi tu bukan sebab ada ‘isi’, tapi sebab makan banyak..hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top