0

Sekitar bulan lepas industri hiburan telah dikejutkan dengan berita penyanyi Awi Rafeal telah terlibat dengan kemalangan bila motosikal yang dibawa oleh Awi telah dilanggar oleh sebuah kereta berdekatan kawasan perumahannya di Kota Damansara..

Waktu kejadian Awi sedang dalam perjalanan ke studio muzik.. Awi dah mengalami kecederaan pada bahagian kaki..
                     
Walaupun telah melalui detik cemas dilanggar, Awi rasa bersyukur masih lagi diberi peluang untuk hidup.. Terkini, Awi dah pun pulih dan semakin berunsur sihat.. Ditanya bila Awi bakal menamatkan zaman bujangnya..

Awi maklumkan memang dah bersedia nak tamatkan zaman bujang kalau jumpa calon yang sesuai.. Buat masa sekarang Awi masih lagi dok pegang status single, ciri-ciri bakal isteri idaman Awi adalah seorang gadis kampung..

Kebanyakkan artis-artis lain berlumba-lumba nak mencari bakal isteri yang cantik dan hot.. Awi pulak nak pilih bakal isteri berasal dari kampung.. Haa, jangan ingat gadis kampung tak ada lelaki yang nak.. Awi tak malu nak dedahkan mencari gadis kampung untuk dijadikan bakal isteri..

Awi lebih selesa kalau bakal isterinya ada ciri kesantunan dan kalau boleh gadis tu berasal dari Malaysia.. Selalu sangat hidup berada di kota, Awi nak merasai kemeriahan tinggal dan berehat dia kampung yang mampu menenangkan jiwa..

Kalau dah isteri orang kampung, sibuk dengan kehidupan di kota.. Awi boleh mencuri peluang untuk balik ke kampung tenangkan diri.. Tak di nafikan selalu lelaki yang membesar di kota raya.. Pasti terdetik rasa hati nak merasai suasana di kampung..

Mana-mana gadis kampung boleh la mencuba nasib, mana tahu ada yang berkenan di hati, boleh bersuamikan penyanyi..hehehe.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top