0

Beberapa hari lepas kecoh di media sosial bila tersebar gambar seorang wanita yang didakwa adalah tunang pada penyanyi rock Awie Wing.. Gambar itu telah diambil sewaktu majlis pertunangan yang dilakukan pasangan ini di Hotel Vistana Pulau Pinang..

Awie mengambil langkah untuk berdiam diri pada mulanya kontroversi ini tercetus.. Tapi, Awie telah tampil mengesahkan bahawa gambar yang tersebar itu adalah benar, dan wanita dalam gambar itu memang tunangnya..

Awie ambil langkah untuk sembunyikan majlis pertunangan sebab menganggap perkara itu adalah perkara peribadi dan tak perlu untuk dihebahkan pada media.. Majlis pertunangan itu dibuat secara tertutup dan dihadiri beberapa ahli keluarga kedua belah pihak dan ahli anggota kumpulan Wings..

Sebelum tersebar berita pertunangan Awie dan pasangan, Awie pernah maklumkan sedang mengenali hati budi seseorang.. Soal berkahwin memang Awie bakal bernikah sekali lagi, tapi atas kebenaran anak-anak.. Kalau anak-anak Awie izinkan, baru Awie akan bernikah.. Biar anak-anak yang pilih ibu tiri yang mereka suka..

Awie juga dikhabarkan akan tamatkan status dudanya tak lama lagi.. Mungkin dalam tahun ini Awie akan bernikah dan beri ibu baru pada anak-anaknya.. Tarikh rasmi majlis pernikahan Awie masih tak didedahkan..

Semoga segala persiapan pasangan ini akan berjalan dengan baik.. Tapi, ada juga pihak yang terkejut ada juga wanita yang tak takut untuk bergelar isteri pada Awie..hahaha.. Jangan bakal isteri Awie yang ni pun kena tumbuk dengan Awie sudah la.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top