0

Kalau dah namanya peminat setia, walaupun ada perubahan sedikit berlaku pada artis kesayangan dorang pasti akan dapat dikesan..

Beberapa bulan lalu, peminat setia Ayda Jebat dah mula perasaan perubahan bentuk badan Ayda yang dah semakin kurus melidi..

Di mata Miss A, sama saja bentuk badan Ayda dari mula-mula muncul dalam industri sehingga kini tetap kurus melidi..hahaha.. Sebenarnya memang Ayda alami penurunan berat badan beberapa bulan ini..

Tapi, Ayda turun berat badan bukan sebab terlalu sibuk uruskan hal kerja sampai tak ada masa nak menjaga pemakanan..

Ayda dah alami keracunan makanan dan menyebabkan berat badannya turun sebanyak 3 kilo sebab selama seminggu terpaksa tanggung sakit..

Puncanya sebab dah makan makanan kat sebuah premis menjual juadah, kat mana premis yang dah buatkan Ayda alami keracunan makanan tak pulak didedahkan..

Ayda nasihatkan uolls semua kalau boleh nak beli makanan beli kat tempat yang bersih.. Kalau tengok kedai nampak kotor lebih baik tak payah beli dari dapat penyakit yang tak diundang..

Kalau ada antara uolls semua yang rasa nak cuba jalan turunkan berat badan dengan cepat boleh la pergi makan makanan di tempat kotor, kena keracunan makanan boleh turun banyak kilo..hahaha..

Artis popular macam Ayda beli makan bukan selalu kat kafe ke? Kafe kan memang bersih macam mana boleh kena keracunan makanan..hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top