0

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini dilihat hadir ke pusat penamaan calon di Sungai Besar bagi memberi sokongan kepada calon sekutu mereka Parti Amanah Negara (AMANAH).

Beliau tiba kira-kira jam 9 pagi dan kelihatan beramah mesra, termasuk berpelukan dengan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Azmin sebelum ini tidak hadir ketika AMANAH mengumumkan calon mereka.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata Azmin dinasihatkan tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di Sungai Besar.

Katanya, larangan itu dibuat supaya Azmin 'menjaga' kerajaan Selangor dan hubungannya dengan PAS yang masih mempunyai wakil dalam kerajaan negeri.

Anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin sebelum itu berkata Azmin sedang berada di London untuk urusan graduasi anaknya dan akan pulang pada Ahad.

Dengan kehadiran Azmin disini, ia menunjukkan bahawa Azmin sudah tunjuk besar kepala dengan mengingkari arahan Presiden PKR.

Azmin juga secara terang-terang menunjukkan kepada PAS bahawa dia lebih berpihak pada PAN berbanding PAS yang menyokong kerajaan negeri PKR di Selangor.

Dengan kehadiran Azmin di pusat penamaan calon ini, PAS harus lah bersiap sedia untuk meninggalkan PKR yang terbukti lebih memihak kepada Pakatan Harapan.

Apakah nanti kita akan melihat kerajaan baru dibentuk di Selangor hasil usaha sama PAS dan UMNO di negeri itu? - Utaranews.com

Post a Comment

 
Top