0

Pas yang dahulunya sekian lama menjadi kuda tunggangan kepada pakatan pembangkang dalam Pakatan Rakyat kini dikatakan lupa daratan dan lupa mengenai prinsip asas pakatan pembangkang.

Tak tahu la apa yang dimaksudkan si Datuk Seri Mohamed Azmin Ali... Mungkin dia tak sedar atau pura-pura tak bersalah setelah mempermainkan perasaan Pas. Iyela awal tu bukan main lagi sebelahkan Pas, tuptuppp boleh pulak bagitahu yang PKR menyokong calon Amanah disaat akhir ketika PRK.

Mau tak merajuk parti Islam tu... Mungkin gara-gara permainan kotor Azmin tu... Pucuk pemimpin tertinggi Pas kini enggan untuk berkomunikasi dan menjalinkan kerjasama dengannya lagi. Sebab tu je Azmin terus dakwa Pas lupa asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku.

“Saya sedikit kecewa kerana ada pucuk pimpinan tertinggi PAS lupa prinsip paling asas pakatan. Ini perkara berbahaya, kami perlu saling menghormati bukan hanya melindungi idea dan pendirian sendiri,” kata Timbalan Presiden PKR itu.

Mungkin juga Azmin masih mengharapkan kerjasama dari Pas dan cuba-cuba untuk memujuk Pas kembali, tambah pula sebelum ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengaku yang parti islam tu tak boleh bergerak bersendirian.

“Untuk bangkit semula, pembangkang perlu lebih jujur, hormat pendapat berbeza, parti dan pemimpin lain, sedar terhadap realiti rakyat mahu parti pembangkang yang kuat dan bersatu.

“Proses ini walaupun susah tetapi kita tidak patut putus asas. Penyatuan semula parti pembangkang memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya.

Azmin ni kadang-kadang layan Pas macam anak tiri, macam sampah pun ada jugak. Kalau rasa nak pakai cari kalau taknak letak tepi. Cumanya Pas je yang buta dan tak sedar semua tu... Langsung tak serik dipergunakan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top