0

Ingat tak lagi sebelum ini parti Islam Pas bukan main lagi sombong dan bongkak lagi berkata tunggu dan lihat sahaja Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan sokong Parti Amanah Negara (PAN) atau Pas. Masa tu mungkin dalam pengiraan Pas, PKR akan kembali menyokong mereka dan bantu berkempen.

Tapi sekarang ini semuanya berbeza... Mana PKR?? Mana Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali?? Kesian kat Pas angan-angan mereka kini musnah... Bukan sahaja rasa dilhianati malah PKR dan Azmin Ali telah mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada parti Islam itu.

Azmin memilih untuk menyokong PAN dalan pilihan raya kecil Sungai Besar. Keputusan itu dinyatakan dalan satu ucapan di majlis berbuka puasa di Sungai Besar petang semalam.

Azmin berkata, selepas mengadakan perbincangan panjang lebar dia memberikan memutuskan mahu memberi sokongan penuh kepada calon PAN yang mewakili Pakatan Harapan, Azhar Shukur.

Namun begitu, Azmin dikatakan tidak akan mengetepikan rakannya yang juga calon Pas, Dr Rani Osman, yang dianggapnya seorang rakan di DUN Selangor. Azmin hanya mampu bagi sokongan moral jela pada Pas.

"Saya doakan dia (Dr Rani) terus maju untuk sama-sama dalam satu tekad melawan kezaliman di Putrajaya," katanya.

Boleh jadi sebelum ini Azmin pilih untuk menyendiri dan langsung tidak turun membantu Pakatan Harapan berkempen, kerana memikirkan perkara tersebut. Setelah keputusan dibuat dan dia memilih PAN barulah presiden PKR benarkan Azmin turut berkempen haha! Mungkin la kann..

Kesian kat Pas kan mesti kecewa itu la berharap sangat kat musang berbulu ayam ni.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top