0

Teka-teki sama ada Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali menyokong calon Parti Amanah Negara (PAN) ataupun calon Pas, akhirnya terjawab apabila Timbalan Presiden PKR itu telah menyatakan sokongannya.

Menurut Azmin, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang diadakan pada 18 Jun ini, beliau menyokong calon Pakatan Harapan iaitu calon PAN dan tidak menyokong calon parti Islam.

Walaupun Azmin menyatakan sokongannya terhadap calon PAN, beliau tidak mengetepikan terus calon Pas apabila beliau mengatakan akan berdoa agar calon Pas dapat bersama-sama melawan kezaliman kerajaan Persekutuan.

"Saya doakan dia (Dr Rani) terus maju untuk sama-sama dalam satu tekad melawan kezaliman di Putrajaya," kata Azmin dalam majlis berbuka puasa di Sungai Besar.

Nampak gayanya Pas bersendirianlah dalam PRK kali ini... Pas tak dapat sokongan dari PKR mahupun Azmin.... Ohh.... Lupa.... Pas tak bersendirian, tapi Pas ada sokongan dari parti IKATAN... Katanya parti IKATAN mampu kalahkan PAN... Hahaha.

Kalau Azmin dah nyatakan sokongannya terhadap calon PAN.... Harap lepas PRK ni, wakil rakyat Pas yang mempunyai jawatan dalam kerajaan PKR Selangor bersiap sedialah untuk dibuang atau dipecat.

Lagipun, sebelum ni Azmin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa akan memecat wakil rakyat Pas dari kerajaan negeri sekiranya Pas tetap berdegil untuk bertanding dalam dua PRK ni... So, wakil rakyat Pas di Selangor berjaga-jagalah.... Hahaha. -Andybolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top