0

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan bahawa PKR kini berpecah kepada dua kelompok iaitu 'kem Azmin' dan 'kem Rafizi Ramli'.

Aduhai Azmin Ali.... Dah terang-terang lagi bersuluh yang PKR kini mempunyai dua kem pun masih nak nafikan... Macamlah rakyat ni bodoh sangat tak nampak apa yang duk berlaku dalam PKR tu.

PKR memang sedang berpecah kepada dua.... Tak perlu dinafikan... PKR kini mempunyai dua kem iaitu 'kem Azmin' dan 'kem Rafizi'... 'Kem Rafizi' ini dilaporkan pro Wan Azizah dan kini bergiat aktif untuk menumbangkan Azmin dengan mendedahkan pelbagai skandal yang melibatkan Menteri Besar Selangor itu.

Menurut Azmin Ali, PKR hanya wujud sebagai sebuah atau satu parti dan tidak pernah diwujud kepada dua kelompok seperti yang diperkatakan orang ramai.

Jelas Azmin, PKR merupakan sebuah parti yang unik kerana PKR menerima orang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dan menghormati pandangan semua pihak walaupun ia bercanggah dengan pucuk pimpinan parti.

"PKR adalah unik, ahli-ahli dan pemimpinnya adalah dari latar belakang yang berbeza. Ada yang telah menyertai parti lain sebelum ini, ada yang pertama kali menyertai sebuah parti politik dan ada yang mempunyai latar belakang NGO.

"Kami menghormati perbezaan pendapat dalam parti, ini adalah kekuatan kita," kata Azmin Ali yang dikaitkan dengan gerakan Rafizi Ramli untuk menjatuhkan beliau sebagai Menteri  Besar Selangor.

Koya juga si Azmin Ali ni... Dakwa PKR ni parti yang unik sebab menerima ahli dari latar belakang yang berbeza dan menghormati pandangan ahli parti....

Tapi ada betul juga apa yang dikatakan Azmin Ali ni.... PKR memang unik pun... Bukan parti je unik, dengan Ketua Umum parti ni pun unik sekali.... Hahaha. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top