0

Macam betul pula dakwaan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.... Lepas beliau  menyindir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana tidak turut berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Azmin secara mengejutkan turun berkempen.

Kira hebat jugalah ikon anak muda ni yer.... Sindir pemimpin pembangkang yang punyai jawatan dalam kerajaan negeri Selangor... Terus turun berkempen pemimpin tersebut.... Harap-harap Khairy dapat turunkan ilmu sindir-menyindir kepada timbalannya ketua pemuda Umno... Hahaha.

Korang bayangkan, tempoh berkempen yang bermula pada minggu lalu.... Berapa hari dah berlalu.... Azmin sekali pun tidak pernah turun berkempen memenangkan calon Pakatan Harapan iaitu calon Parti Amanah Negara (PAN)... Akhir sekali Azmin turun pun masa penamaan calon... Lepas tu, batang hidung dah tak nampak.

Selepas 10 hari berkempen, iaitu pada hari semalam.... Azmin baru turun berkempen membantu jentera Pakatan Harapan.... Itu pun baru turun ke Sungai Besar dan dikhabarkan akan turun ke Kuala Kangsar pada hari ini.

Macam laa korang tak tahu yang Azmin ni pro-Pas.... Azmin sebenarnya tak bersetuju dengan calon PAN bertanding... Azmin tak mahu ada pertembungan 3 penjuru kerana bagi Azmin ia akan merugikan parti pembangkang sendiri.

Tapi apakah daya.... Azmin tak terdaya untuk menghalang Pakatan harapan untuk meletakkan calon...  Bila Pakatan Harapan dah letak calon dalam dua PRK ini, Azmin nak tak nak terpaksa laa menyokong calon PAN.... Karang sokong calon Pas, mahu terguguat kedudukan Azmin sebagai menteri besar.

Sebenarnya Azmin tak sokong pun calon PAN ni... Azmin pun tahu calon PAN ni layak buang ke sampah jer... Parti baru ditubuhkan.... Sokongan pun berapa kerat jer... Tapi gila nak memerintah... Nak jadi wakil rakyat.... Nak tak nak, Azmin terpaksalah sokong calon PAN yang haprak ini.

Bukan korang tak tahu.... Azmin yang sebelum ni mempertahankan pendirian untuk bekerjasama dengan Pas, telah pun mendapat ugutan keras daripada DAP... DAP mengugut akan keluar dari gabungan pakatan dan kerajaan negeri Selangor.... Sebab tu laa Azmin terpaksa menyokong calon PAN.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top