0


Semalam, industri hiburan dah menerima berita sedih bonda pada pengacara terkenal Aznil Haji Nawawi telah pun menghemburkan nafas terakhir pada pukul 12.56 pagi.. Hajah Norbaiti Bt Hj Surur telah kembali ke rahmatullah di Pusat Perubatan Prince Court akibat sakit tua pada usia 90 tahun..

Disebabkan berita sedih ini ramai rakan artis yang tampil mengucapkan takziah dan bagi kata-kata semangat pada Pak Nil untuk tabah menghadapi ujian ini.. Tapi lain pulak yang dilakukan oleh Azwan Ali..

Pada yang masih tak tahu, Azwan Ali kini ada kat Mekah untuk menunaikan umrah bersama Zizan Razak, Adi Putra dan beberapa lagi jemaah lain.. Menerusi akaun Instagram milik Azwan, bukan ucapan takziah yang diberi pada Pak Nil..

Azwan macam gembira dapat berita bonda Pak Nil dah meninggal, Azwan sifatkan apa yang berlaku pada Pak Nil sebagai musibah dah ‘pedajal’ dirinya.. Kegilaan apa yang Azwan cuba buat ni? Tengah dok umrah Azwan boleh bergembira atas kematian orang lain? Siap dok melaknat orang waktu beribadat di tanah suci?

Jahat betul mulut Azwan ni memang betul-betul tak dak insuran, ingatkan pergi umrah perangai nak berubah.. Rupanya makin bertambah gila bila ada kat sana dan rasa kematian ibu Pak Nil tanda Tuhan ‘bayar tunai’ atas perbuatan Pak Nil dah lakukan padanya..

Dosa apa la Pak Nil dah buat kat Azwan ni sampai bonda Pak Nil meninggal pun boleh Azwan gembira dan laknat Pak Nil? Memang dendam kesumat tahap ‘neraka jahanam ke-7’, Miss A tengok Azwan ni makin lama macam dah ‘orang gila’ pun ada.. Ke memang Azwan ni memang dah gila sebenarnya?

Jangan nanti jadi benda pelik kat Azwan semasa mengerjakan umrah sudah la.. Ada kat tempat suci Mekah pun mulut tak jaga, tuhan kalau nak tunjuk tengah buat umrah pun tuhan akan turun bala.. Macam-macam hal.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top