0

Apa pendapat korang pasal ‘baju raya’ kat atas tu yer?? Cer korang perhatikan gambar tu betul-betul, yang pakai baju kurung tu adalah lelaki yer.. Bukannya perempuan! Miss tengok pun, speechless jer! Ini ke fesyen baru ‘baju raya’ untuk lelaki tahun ni??

Kalau betul lah, betul-betul buat Miss speechless lah.. Ada siapa yang berminat tak?? Bagi yang dah kahwin tu, ‘cantik’ sangat lah dapat pakai baju sedondon dengan isteri.. Tak payah serabut kepala nak mencari baju Melayu lagi.. Nak jimat tu, pakai jer baju isteri atau mak korang yang lama-lama tu.. Hahahaha..

Apa-apa pun, korang style ke pakai macam tu?? Miss lihat sekarang ni dah macam-macam ‘pattern’ baju raya direka, tapi semuanya ‘kelaut’ jer.. Baru-baru ni baju Melayu untuk perempuan kononnya fesyen raya bagi tahun ni, kali ni baju kurung untuk lelaki pulak.. Tahun ni memang terbalik lah noh!

Jangan terkejut lah kalau korang pergi bertandang ke rumah saudara atau kawan-kawan korang yang memakai macam tu yer.. Hihihii.. Dah ketandusan idea agaknya nak mereka baju raya yang menarik, sampai idea merepek macam tu terkeluar..

Tak kena lah bila lelaki pakai baju macam tu, dah serupa apa lah.. Nasib baik muka model tu nampak ganas, kalau muka jenis jambu pakai pulak.. Agaknya macam pulak yer?? Nak buat kelaianan tu, agak-agak lah yer.. Ini tidak, merosakkan fesyen jer..

Elok-elok lelaki pakai sepasang baju Melayu di pagi raya, sekarang nak ubah pulak pakai baju kurung.. Macam bangang jer! Betul tak?? Terkejut orang tua-tua yang datang ke rumah melihat anak jantan pakai baju kurung.. Hahahha.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top