0

Sekarang zaman semua nak cepat, sebab tu pelbagai alat teknologi dicipta untuk kemudahan orang sekarang.. Selain perkembangan dari kecanggihan teknologi, orang sekarang jugak kreatif berfesyen.. Tapi kadang-kadang kreatif tu sampai ke ‘laut’ jugak lah..

Kalau sebelum ni kaum Adam bertungkus lumus untuk memiliki badan berketak-ketak atau perkataan lebih senang iaitu sado, kini dah ada jalan pintas untuk jadi sado dalam sekelip mata.. ‘Menarik’ benda tu, Miss pun terpegun bila melihatnya! Hihii..

Korang tak payah bersusah payah lagi nak besarkan badan dan ‘buang masa’ pergi ke gym, tapi Miss rasa ni hanya sesuai bagi dorang yang ‘tak larat’ atau tak ada masa nak pergi ke gym jer lah..

Maybe baju-T atau baju dalam berspan sado ni boleh membantu dorang yang ingin memiliki badan berketak-ketak dalam sekelip mata.. Korang tengok gambar model kat atas tu, badan dia biasa jer tapi lepas pakai baju tu terus nampak ‘kesadoannya’.. Hahhaha..

Miss tak sangka lah benda macam tu pun orang nak buat, sebab tu lah Miss kata orang sekarang memang ‘kreatif’.. Betul tak?? Macam lawak jer tengok baju tu, agaknya mendapat sambutan tak??

Miss rasa mesti punya, orang sekarang kan suka mencuba apa saja jer yang menjadi ‘trend’.. Betul tak?? Gambar di atas tu dah viral di media sosial dan pelbagai reaksi netizen.. Ramai yang mengatakan ni baju hanya sesuai untuk ‘si pemalas’ yang nak bersenam tapi ingin memiliki badan cantik..

Betul tu! Lepas ni ramai lah malas nak bersenam lagi yer, dah ada cara mudah nak memiliki badan cantik tanpa bersusah payah dan mengeluarkan peluh lagi.. Haishh! Macam-macam betul ‘fesyen’ sekarang ni! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top