0

Seorang bapa keji berusia 63 tahun di Tennessee, dikatakan menjual tiga anak perempuannya sendiri kepada seorang lelaki yang merogol dan menggunakan dorang dalam pornografi kanak-kanak telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup..

Gila lah si bapak tu yerrr! Orang keji macam tu patut dihukum gantung sampai mati jer, itu hukuman paling setimpal atas perbuatan keji dorang! Berdasarkan rekod mahkamah, kedua-dua ibu bapa mangsa terbabit dalam penderaan dan eksploitasi kanak-kanak dan didakwa pada 2013..

Bagus sangat lah, kedua-duanya menjahanam anak sendiri demi kepentingan diri! Ketiga-tiga mangsa berusia 12,14 dan 16 tahun ketika polis mengetahui apa yang terjadi kepada dorang.. Bagaimanapun, tidak diketahui macam mana pihak polis mengetahui kejadian tu..

Januari lalu si bapak disabit bersalah atas empat tuduhan termasuk menjual anak, penghasilan ponorgrafi kanak-kanak oleh ibu bapa dan memaksa serta mengumpan kanak-kanak..

Si ibu mangsa pulak kini berusia 41 tahun telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun Februari lalu, selepas mengaku bersalah atas kesalahan menghasilkan pornografi kanak-kanak oleh ibu atau bapa..

Ketiga-tiga gadis malang tu dikatakan didera secara seksual dan dieksploitasi sejak Februari 2011 hingga Ogos 2012.. Pihak polis menyedari keadaan mangsa selepas menyiasat aduan dorang diabaikan, mempunyai masalah kesihatan kerana tidak dirawat dan tidak pergi ke sekolah.. Malang betul nasib tiga gadis tu, hurm.. - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top