0

Ngeriii jer melihat seorang bayi mengalami detik cemas bila tersepit pada rim tayar belakang sebuah motosikal dalam kejadian di India..

Walaupun tersepit teruk dicelah rim tu, nyawa bayi tu masih panjang dan berjaya diselamatkan oleh orang ramai.. Macam mana lah boleh tersangkut teruk macam tu sekali yer??

Kasihan budak kecik tu menahan kesakitan sementara orang lain cuba menyelamatkan dia.. Sebelum kejadian tu berlaku, bayi berkenaan dikatakan membonceng motosikal bersama ibunya sebelum dilihat tersepit.. Malangnya tu, si ibu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian..

Korang lihat jer lah keadaan bayi berkenaan ketika tersepit celah rim di atas tu, takat lihat gambar pun dah dapat merasakan kesakitannya..

Jelas kelihatan kepala bayi tu tersangkut baik punya pada roda belakang motosikal tu.. Anggota badan yang lain seperti tangan dan kaki terkulai di celah-celah rim motosikal tu..

Budak malang tu hanya mampu menangis dan menahan kesakitan.. Sebaik sahaja dia berjaya diselamatkan, seorang wanita mengendong bayi tu dan membawa ke hospital.. Kasihan bila memikirkan keadaan mangsa, dah lah kehilangan si ibu.. Hurmmm.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top