0

Calon Parti Keadilan Rakyat (PRK) bagi pilihan raya negeri Sarawak, Bill Kayong ditemui mati dengan kesan tembakan pagi semalam.

Menurut kenyataan PKR, ketika kejadian mangsa ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram berhampiran sebuah pasar raya Emart One-Stop kira-kira jam 9 pagi.

Kejadian yang berlaku di Miri itu dikatakan mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat menembusi cermin kanan di sebelah pemandu kereta jenis Toyoto Hilux yang dinaikinya.

Bill yang juga adalah setiausaha politik kepada Dr Michael Teoh telah dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dihadapinya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan menerusi status terkininya di laman Facebbok, menggesa pihak berkuasa supaya siasatan lanjut segera dijalankan bagi memberkas penjenayah terlibat ke muka pengadilan.

“Keadilan menggesa agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas dan membawa mereka yang terlibat dalam jenayah ini ke muka pengadilan

“Keadilan juga mengucapkan takziah kepada keluarga Bill dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang cukup besar ini,” katanya.

Bill sebelum ini di kerusi Bekenu pada pilihan raya 7 Mei lalu tetapi kalah kepada calon BN Rosey Yunus.

Mangsa adalah antara individu dalam PKR yang sangat lantang dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak rakyat pribumi Dayak di utara Sarawak, khususnya berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top