0

Bekas calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohammad Zan berhasrat mahu membeli banglo yang kini menjadi kepunyaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terletak di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta.

Persoalannya mahukan Guan Eng untuk menjual banglo yang menjadi kesayangannya tu kepada Backer?? Uishhhh macam rugi besar je kan kalau Guan Eng jual banglo tu kepada Backer pada harga RM2.8 juta, padahal harga pasarannya lagi tinggi melambung.

Menurut Backer, sekarang ini ditangannya ada sekeping cek yang bernilai RM56,000 dan cek tersebut dikatakan mahu dijadikan sebagai wang pendahuluan dan bayaran muka untuk membeli rumah banglo tersebut.

Sebelum ini Guan Eng ada mengadakan majlis berbuka puasa untuk warga Air Putih, Backer berhasrat mahu menyerahkan sendiri wang pendahuluan tersebut kepada Guan Eng di  di Masjid Kampung Baru tetapi terlepas peluang itu.

“Saya mahu beli banglo ketua menteri kesayangan saya pada harga RM2.8 juta. Saya boleh beli hartanah bawah harga pasaran kerana saya bukan seorang penjawat awam.

“Ya, saya ada terdengar mengenai ‘fengshui’ yang tidak baik, tapi itu tidak penting, kerana saya boleh jual semula banglo itu pada harga lebih tinggi.

“Seandainya beliau sudi jual pada saya, saya gembira, jika tidak, tak apa,” kata peguam dan pengimport buah kurma itu.

Terdahulu, Backer telah menyerahkan surat daripada sebuah firma undang-undang bagi menyatakan hasratnya untuk membeli banglo itu, turut disertakan adalah cek bayaran muka 2% yang mahu diberikan kepada Lim Guan Eng. Dokumen diterima oleh pembantu peribadi Guan Eng, Marziah Mohd Mukhtar.

Isu banglo Guan Eng yang dibeli pada harga RM2.8 juta dibangkitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya di Parlimen, kerana menurutnya dibeli dibawah harga pasaran.

Guan Eng menafikan sebarang salahlaku dan berkata harga itu dipersetujui atas dasar ‘willing buyer willing seller’. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top