0

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyalahkan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman atas dakwaan yang menyebab para penyokong DAP panas dan tak senang duduk. Mufti Pahang sebelum ini berkata DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi kerana menentang Islam.

TS Musa Hassan menyelar kenyataan tersebut dan katanya tak patut bagi seorang Mufti untuk menggelar seseorang itu sesuka hati tanpa membuat kajian dan menyelidik terlebih dahulu. Tak baik bagi gelaran kepada seseorang tanpa usul periksa.

"Tak boleh cakap begitu, kita kena kaji dahulu betul ke tidak. Itu secara umum cakap macam itu tak baik, kena kaji betul-betul.

"Katalah orang kata kita pengganas, kita kena kaji betul ke kita pengganas.

"Kamu tak boleh cakap secara umum, jadi kita kena kaji dulu betul ke penglibatan itu kita boleh panggil dia pengganas," katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Aikkk bekas Ketua Polis Negara ni macam sokong pulak perbuatan DAP selama ini yang kerap menentang dan menolak setiap kali perlaksanaan yang berkaitan dengan Islam diutarakan. Macam kita tak tahu yang DAP suka menentang Islam, nak kaji dalam mana lagi??

Nak cakap lebih pun TS Musa Hassan kan bekas polis... Mungkin dia lebih tahu apa yang patut dan apa yang tak patut. Berkemungkinan juga tuduhan kafir harbi tu agak keterlaluan tapi memang agak sesuai dengan DAP pun. Memang DAP selama ini dok kecam perlaksanaan hudud pun.

Nak cakap yang bekas Ketua Polis Negara ni sokong DAP pun macam tak kena ja.... Hahahaha! Tak kan la TS Musa Hassan bodoh sangat nak sokong DAP yang kejam tu. Uishhhhh tak mungkin lah! Mungkin benar kenyataan Mufti Pahang tu agak keterlaluan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top