0

Mungkin pemecatan pemimpin yang dibuat oleh MT Umno akan memberi kesan kepada   PRU-14 akan datang kerana masih ramai rakyat yang setia menyokong kepimpinan  mereka, tidak dinafikan sabotaj parti mungkin akan wujud dalam pru-14.

Hal ini, tidak boleh dipandang ringgan kerana akan menjejaskan pati Umno/BN apabila wujudnya sabotaj dalaman. Mungkin, kini tiada suara sumbang yang kita dengar tapi bila dah semakin rancak untuk pilihan raya ia akan dijadikan modal dan peluru untuk menyerang BN.

Penganalisis politik turut mencetuskan kebimbangan kepada reaksi ahli Umno pada masa sekarang dan pada pru akan datang, jika berlaku sabotaj dalaman yang besar mungkin pembangkang akan berasa selesa dengan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan BN.

“Sebab kita tahu sokongan kepada Tun (Dr) Mahathir (Mahathir) masih kuat. Muhyiddin dan Mukhriz pun ada sokongannya. Cuma, setakat ini ahli Umno nak lihat apa tindakan mereka selepas dipecat. Selepas itu baru mereka bertindak tapi di Jerlun dan Pagoh pasti akan ada kesannya,” kata  Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

Dalam pada itu, ahli Umno mungkin tidak akan menunjukkan protes dalam keadaan terang-terangan kerana dalam masa sekarang terlalu awal untuk bertindak, mungkin ahli Umno dan penyokong masih tertunggu-tunggu apa tindakan TS Muhyiddin dan DS Mukhriz selepas pemecatan ini dilakukan.

“Saya rasa buat waktu ini ahli Umno akan terus menyokong pucuk pimpinan. Mereka tidak akan bertindak seperti zaman (pemecatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu...demonstrasi besar-besaran kerana keadaan itu berlainan,” katanya.

Jika pemimpin berkenaan berpihak kepada pembangkang atau mencipta blok pembangkang yang baru, tidak mustahil ahli Umno serta penyokong mereka akan turut memberikan sokongan dan serta merta menolak Umno/BN di pru akan datang.

Jadi, pemimpin Umno/BN  perlu menangani isu ini dengan lebih serius kerana akan memudaratkan parti pada pru nanti, peratus pengundian juga mungkin berada pada paras membimbangkan sekiranya pemecatan ini bakal membentuk blok politik ke empat atau mereka akan terus bersama Pakatan Harapan seperti Tun M. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top