0

Rasanya semua orang guna media sosial, setiap sorang mesti ada satu akaun facebook. Mungkin Lebih dari satu pun ada.

Walaupun sekarang teknologi dah maju dan semakin canggih ada pulak hantu-hantu yang akan salah gunakan medium perhubungan seperti ni.

Hantu-hantu tu termasuk sekali dengan puak pembangkang ni la, tak bertanggungjawab menabur fitnah di laman sosial yang kononnya ada calon BN yang berkecil hati sebab dalam banyak-banyak senarai nama calon yang dihantar, tapi Budiman yang terpilih.

Pembangkang yang tabur fitnah tapi dakwa konon ahli BN yang merajuk dan meroyan di media sosial.

Boleh jadi, Budiman ni telah memenuhi kriteria yang dicari untuk menjadi wakil BN di Sungai Besar. Tapi puak pembangkang ni masih nak lagakan ahli BN yang lain, sedangkan mereka semua bersatu hati dan turut bersetuju dengan pemilihan Budiman.

Soal kecil hati tidak patut dijadikan isu kerana ia tidak relevan untuk parti bersatu seperti BN. Mungkin puak pembangkang yang alami situasi seperti tu, tengok la Mat Sabu tiba-tiba tak tercalon jugak padahal mulanya nama Mat Sabu yang dihebohkan.

Ermm...mungkin Mat Sabu yang berkecil hati, tapi nak juga cakap ahli BN macam tu.

Sebab tu Noh Omar kata facebook ni dah sampai tahap boleh jadi medium untuk membaca bahan lawak dan menjadi penghibur dengan cerita fitnah yang sengaja direka oleh pembangkang untuk menarik minat rakyat membaca.

“Sudah sampai satu tahap, orang kena baca Facebook sebab dah macam satu cerita dongeng dan mitos semata-mata. Eloklah kita baca Facebook dan jadikannya sebagai penghibur,” katanya.

Nampaknya permainan politik jijik seperti ni akan memberi kesan buruk kepada rakyat, dan mungkin boleh membawa unsur hasutan dan akan mencetuskan spekulasi buruk terhadap BN.

Serangan yang dilakukan pembangkang ni bukan saja untuk rakyat tapi meruntuhkan institusi dalaman BN itu sendiri. Biasa la tu..pembangkang dengan permainan politik kotor memang sepadan. -Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top