0

Nampaknya berita pemecatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir mendapat reaksi positif dari majoriti akar umbi di UMNO Bahagian Jerlun sendiri. Khabarnya, ramai yang menarik nafas lega dan menyokong tindakan MT UMNO itu.

Menurut beberapa rakan di Kedah yang penulis kenali, ramai di kalangan akar umni UMNO di Jerlun terutama di Dun Ayer Hitam gembira dengan keputusan itu. Kata mereka, memang sudah lama patut dipecat dari parti.

Reaksi tersebut menghairankan penulis sebenarnya. Khabarnya nama Mukhriz hebat sangat di Kedah. Katanya, jika Mukhriz dipecat, maka seluruh ahli UMNO di Kedah akan mengamuk dan keluar parti. Tapi kenapa akar umbi UMNO Bahagian Jerlun gembira?

Khabarnya, Mukhriz memang teruk mengendalikan UMNO Jerlun. Nama AJK Bahagian sendiri pun dia tidak tahu. Hanya kenal muka sahaja, tapi tidak tahu nama mahupun nama panggilan kampung mereka. Jadi, bagaimana hendak dikatakan Mukhriz 'sebati' dengan UMNO Bahagian Jerlun?

Khabarnya lagi, sepanjang 3 tahun menjadi Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Mukhriz tidak melakukan apa-apa kebajikan atau perubahan yang signifikan di Jerlun mahupun di Dun Ayer Hitam.

Kata mereka, dibibir Mukhriz sering melaungkan 'berani berubah' dan 'berani berubah'. Tapi ungkapan itu hanya dibibir Mukhriz saja sedangkan tiada sebarang perubahan yang melegakan rakyat di kawasannya.

Malah, mereka bandingkan pula prestasi Mukhriz jaga kawasan dengan prestasi bekas Menteri Besar Kedah dari PAS, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. Katanya, jalan raya di Dun Sungai Limau antara yang terbaik di Kedah berbanding jalan raya di Ayer Hitam yang lecak berlubang di sana sini hingga mampu buat 'kolam ikan'!

Jadi, jika rakyat di kawasan sendiri pun menolak Mukhriz, bagaimana juak-juak macainya mendakwa Mukhriz hebat sangat di mata orang Kedah? Tapi jika dikatakan dari sudut 'selfie' dan 'naik turun kapal terbang', khabarnya Mukhriz memang 'champion'!

Pada pandangan penulis, Mukhriz hanyalah seperti pemimpin politik lain sahaja. Untungnya dia hanyalah meminjam nama bapanya, Mahathir. Tanpa Mahathir, Mukhriz bukan sesiapa pun. Silap-silap, bertanding Ketua Cawangan pun belum tentu menang.

Yang marah sangat di media sosial tentang pemecatan Mukhriz itu majoritinya bukan ahli UMNO pun. Malah ada dikesan sebagai 'cybertroopers upahan' pembangkang yang sengaja menangguk di air yang keruh, cuba mengambil kesempatan.

Kepada Mukhriz, penulis ucapkan selamat maju jaya. Jangan fikir hanya berbinkan Mahathir, maka Mukhriz akan dilayan seperti raja. Jika mahu jadi Perdana Menteri, belajarlah dari Mahathir. Bukan gunakan namanya dan pengaruh bapa untuk jadi Perdana Menteri. Faham? -Amir Hamzah/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top