0

Seorang wanita dari Shaanxi, China membuktikan dirinya sebagai seorang isteri yang setia dan demi menjaga bekas suaminya yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya, rela diceraikan..

Nampak macam pelik jer tapi itulah pengorbanan wanita yang dikenali sebagai Xie Xiping..

Xiping dikatakan meminta diceraikan agar dia dapat menjaga bekas suaminya tu dengan pertolongan dari suami baru yang jugak merupakan kawan kepada bekas suaminya tu..

Baik sungguh hubungan dorang yer, rasa kekok dan pelik bila kawan sendiri pulak jadi suami kepada bekas isteri.. Betul tak??

Kalau korang nak tahu, Xiping telah menjaga bekas suaminya, Xu Xihan yang lumpuh satu badan sejak mengalami kemalangan di tapak perlombongan pada tahun 2002..

Sebelum ni pun, Xihan pernah nak meninggalkan Xiping kerana kecacatannya, tapi Xiping seorang isteri yang baik dan setia..

Setelah sekian lama si isteri menjaganya, Xihan akhirnya mengambil keputusan menceraikan Xiping tujuh tahun lalu agar dia boleh berkahwin dengan kawan sekerja dia, Liu Zongkui..

Sejak tu lah, Liu banyak membantu menjaga Xihan dan jugak Xiping dalam menguruskan rumah tangga dorang..

Inilah yang dikatakan seorang isteri yang baik dan sukar dicari.. Tak kira susah macam mana sekali pun, dia tetap nak bersama dan setia menjaga bekas si suami hingga dia berkahwin dengan orang lain.. Mulia sungguh hati wanita tu, betul tak?? MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top