0

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong meramalkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan pada tahun hadapan, 2017. Dengan semangat dan keyakinan yang Barisan Nasional (BN) perolehi Mah Siew yakin dengan tekaan yang dibuatnya tersebut.

Memandangkan BN baru sahaja memperolehi kemenangan besar dalam pilihan raya Sarawak serta pilihan raya kecil berkembar baru-baru ini, fakta tersebut memperkuatkan lagi kesimpulan yang dibuat Gerakan.

Berbekalkan sokongan padu dan keyakinan berterusan yang ditunjukkan rakyat terhadap BN, Pastinya menyemarakkan lagi semangat BN untuk berjuang bagi membela nasib rakyat di negara ini. Keyakinan rakyat juga mampu menjadi batu lonjatan BN bagi meningkatkan lagi prestasi parti.

"Sokongan rakyat telah meningkat. Jadi, adalah bermanfaat untuk mengadakannya lebih awal (pilihan raya)...

"Saya rasa pilihan raya akan diadakan tahun depan. Saya tidak fikir ia akan diadakan pada 2018," kata menteri di jabatan perdana menteri itu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa pilihan raya umum ke-14 akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri.... Tapi selepas sambutan Aidilfitri tahun keberapa masih lagi dalam pengiraan.

"Saya hanya boleh berkata pilihan raya umum akan diadakan selepas Aidilfitri. Tetapi Hari Raya tahun bila, saya tidak tahu," katanya.

Tak mungkin la lepas hari raya Aidilfitri untuk tahun ini... Memang tak la kan! Bukan setakat pembangkang je yang belum bersedia tapi jentera BN pun sama. Jadi kemungkinan besar tahun hadapan.

"Kami agak gembira (dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil berkembar) tetapi kita begitu selesa lagi.

"Saya tidak fikir sudah tiba masa untuk mengadakan PRU lagi. Saya rasa kita perlu menunggu untuk 2018," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top