0

Pengkhianat UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan sahaja kini bebas untuk menyokong mana-mana perbuatan pembangkang yang mulia dan paling suci di muka bumi ini.

Malah mereka juga dilihat sangat layak dan berkebolehan untuk mengetuai pakatan pembangkang... nak jadi ketua atau macai dalam Deklarasi Rakyat pun boleh sebab korang dah bebas kan!

Tidak cukup dengan itu, Mukhriz dan Muhyiddin juga dilihat sangat berkelayakkan untuk mengetuai dan menyertai kempen pemantau pilihan raya Bersih 2.0. Tak payah nak tunggu dorang bersetuju dengan agenda gerakan itu, sebab apa yang dorang buat selama ini pun memang terang-terangnya bersetuju dengan agenda pembangkang.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bukan setakat mengalu-alukan kehadiran mereka malah sanggup menghantar kad jemputan sekiranya dua orang pemberontak tu mahu untuk menyertai Bersih 2.0.

“Saya tak tahulah sekiranya mereka mahu sertai Bersih, tetapi pendirian Bersih sentiasa mereka harus terima agenda reformasi kita,” katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Bersih 2.0 malam tadi.

Ingatkan Maria Chin ni nak angkat Mukhriz dan Muhyiddin jadi ketua Bersih 2.0... rupa-rupanya cukup sekadar jadi macai kepada mereka hahahaaaa memang padan sangat la dengan muka dorang tu. Sama nasib macam Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ingat lagi kejadian Tun Mahathir yang beriya-iya sokong kempen Bersih 2.0 namun pada hakikatnya tidak dibenarkan berucap di platform tunjuk perasaan Bersih 4.0 tahun lalu kerana bekas perdana menteri itu tidak bersetuju dengan agenda mereka.
“Jika kamu masih ingat Bersih 4.0, Mahathir tidak diberi platform untuk berucap kerana beliau tidak bersetuju dengan agenda reformasi kita pada ketika itu.

“Sesiapa pun yang dijemput berucap atas platform Bersih, mereka perlu bersetuju dengan prinsip reformasi institusi dan reformasi demokratik, jika tidak sia-sia sahaja.” kata Maria.

Pada awalnya mesti dorang ingat yang geng Bersih ni akan memuja mereka selepas mengalu-alukan kedatangan mereka dalam kempen tu tapi hakikatnya jadi kuli sahaja.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top