0

Rasanya semua dah sedia maklum pelakon Fazura dari dulu lagi bila menjelang saja bulan Ramadhan pelakon itu akan menutup aurat sebagai tanda menghormati bulan yang mulia itu..

Pernah kecoh tahun lepas bila netizen mempersoalkan tindakan Fazura berhijab hanya di bulan Ramadhan..

Iyerlah perkara seperti ini bukan boleh di buat main-main lebih lagi perkara ini melibatkan hubungan dengan Tuhan.. Ingat Tuhan tu kawan-kawan uolls ke? Sekejap nak pakai sekejap tak nak pakai..

Menjelang bulan Ramadhan tahun ini, sekali lagi Fazura tampil dengan imej bertudung.. Agak berbeza kali ini bila Fazura mengenakan tudung bertutup sepenuhnya..

Sebelum ini Fazura hanya mengenakan selendang dan masih menampakkan rambutnya.. Malah imej berhijab itu kekal walaupun Fazura menghadiri majlis-majlis besar..

Baru-baru ini, beberapa selebriti tempatan telah mendapat jemputan untuk menghadiri majlis pelancaran kereta baru Proton Perdana..

Menerusi akaun Instagram, Fazura memuatnaik gambar bersama Lisa Surihani dan Sazzy Falak.. Disebabkan Fazura dah bertudung manakala Lisa dan Sazzy tak bertudung.. Netizen meninggalkan komen memuji penampilan Fazura..

Ada peminat memberi komen walaupun tidak berhijab sepenuhnya, Fazura menghormati bulan Ramadhan kalau nak dibandingkan dengan artis-artis lain.. Bulan Ramadhan dengan bulan biasa langsung tak ada beza..

Kalau artis Indonesia berhijab di bulan Ramadhan digelar munafik, artis Malaysia berhijab di bulan Ramadhan pula dipuji.. Doa tudung itu akan terus melekat di kepala Fazura walaupun dah habis Ramadhan..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top