0

Kalau sebut saja nama pengarah filem Profesor Datuk A. Razak Mohaideen, mesti uolls semua teringat tentang filem-filem yang dihasilkan menggunakan loghat penang kan..

Setiap filem dihasilkan mesti akan ada kaitan dengan ‘anak mami penang’..

Antara filem arahan A.Razak yang mendapat sambutan ‘Nana Tanjung’.. Hampir 10 tahun tak hasilkan filem, pada hari raya Aidilfitri ini filem arahan A.Razak bertajuk ‘Anak Mami Nasi Kandaq’ akan mula ditayangkan di pawagam..

Filem ini turut dibarisi oleh Fasha Sandha, Chik Pak Man Telo, Maria Farida, Nur Risteena Munim, Ezzaty Abdullah, Amylia Nastasha Aziz dan Elisya Sandha..

Beberapa hari lagi filem akan ditayangkan A.Razak dah pun membuat promosi untuk filem dan majlis berbuka puasa bersama pelakon ‘Anak Mami Nasi Kandaq’ dan anak yatim Rumah Penyang Hembusan Kasturi..

Turut hadir pada majlis adalah barisan pelakon iaitu Sheila Mambo, Ezzaty Abdullah, Amylia Nastasha Aziz, Elisya Sandha, Azhari Zain dan Azmeer..

Tetapi, ada beberapa pelakon utama filem yang tak hadir semasa majlis berbuka puasa.. Ditanya tentang cara mempromosi filem, A.Razak dedahkan rasa kecewa dengan artis Malaysia..

Walaupun dah bagi notis selama tiga bulan awal , pelakon masih lagi susah nak bagi kerjasama menjayakan sesebuah promosi yang dah dirancang..

A.Razak sifatkan artis di Malaysia adalah artis paling sibuk di dunia.. Sibuk sangat sampai tak ada masa nak hadir untuk promosi filem sendiri..

Kat Hollywood kalau pengarah nak buat promosi, Miss A rasa semua pelakon terutamanya pelakon utama wajib ada.. Pelakon filem Hollywood pun akan bagi kerjasama..

Antara pelakon utama yang tak hadir ialah Fasha Sandha, Qi Razali, dan Maria Farida.. Sebagai pelakon utama dalam filem, memang sepatutnya dorang bagi kerjasama dalam promosikan filem..

Dah berlakon penat-penat,tapi tak buat promosi.. Macam mana filem nak dapat sambutan.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top