0

Kenyataan telus lagi jujur daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini sangat mengejutkan dan agak geli isi perut. ‘level confident’ yang ditunjukkan sangat tinggi dan pastinya langsung tidak akan mempu dicapai.

Mana tidaknya, Hadi Awang mengakui bahawa sengaja mendekatkan diri dan mahu menjalinkan kerjasama dengan parti UMNO hanya kerana mahu meraih undi. Elehhhhh... Nak tanya sikit ni, mampu ke nak pergunakan UMNO?? Ingat UMNO ni bodoh kot noh!

Walaupun sebelum ini Parti Amanah negara (PAN) menentang hebat mengenai keputusan Pas mahu berbaik dengan UMNO, tapi Pas tetap nak buat jugak. Korang tahu tak bukan setakat UMNO je yang Pas berangan-rangan mahu mempergunakan... Malah semua parti yang ada Pas mahu memperalatkan. ini termasuklah parti yang menjadi musuh ketatnya, iaitu DAP.

“Dia (AMANAH) susah kalau kita nak baik dengan UMNO. Kalau tak baik dengan UMNO macam mana nak suruh orang UMNO undi kita.

“Kena baik dengan dialah. Nak suruh berbalah dengan UMNO, DAP pun kita nak baik. Biar orang DAP undi kita, kita baik dengan semua. Yang tak baik kita bangkang. Itu pendekatan kita,” katanya ketika berucap pada Forum Perdana di Dataran Ketior Manong malam tadi.

Macam pura-pura baik demi kepentingan parti sendiri je... nampak sangat yang Pas ni nak berbaik-baik dengan semua parti kerana sudah pasang niat untuk meraih undi. Eiiiii.... Tak ikhlas langsung! Ada udang disebalik batu ni!

Iyela, sebelum ini bukan main lagi cakap yang dorang akan sokong segala pendekatan yang mampu memberi kebaikan kepada rakyat... Serta menolak segala undur yang berkaitan dengan rasuah dan penyalahguanaan kuasa. Rupa-rupanya semua itu hanya untuk meraih undi je, tak ikhlas pun sebenarnya.

“Perkara yang baik, tolong orang miskin, tolong orang susah itu kita sokong. Yang tak baik kita lawan, yang baik kita sokong, ini calon PAS.

“Yang UMNO, yang baik disokong tak apa, yang tak baik, disokong juga.

“Yang pilih PAN ini, yang baik dia bangkang, yang tak baik pun dia bangkang, itu senang saja, dia ikut DAP,” katanya.

Pening kepala betul dengan parti Islam yang satu ni... Suka cakap ikut sedap mulut je! Cakap berputar belit dan tak serupa bikin. Tak faham betul la! Macam pura-pura baik pun ada... Berselindung disebalik kopiah putih dan serban. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top