0

Sebelum ini parti Islam Pas mendakwa bahawa pengundi di Sungai Besar harus berdepan dengan kemungkaran Allah Taala sekiranya mereka tersalah memilih ahli Parlimen pada hari mengundi 18 Jun nanti.

Benar, memilih wakil rakyat yang amanah dan berkelayakan adalah tanggungjawab rakyat dan menolak wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah jugak perlu bagi kebaikan bersama. Tapi adakah ini bermakna hanya Pas sahaja yang layak untuk mendapat undi rakyat??

Adakah maksud yang cuba disampaikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini bermakna berdosa besar sekiranya tidak mengundi Pas?? Akan terkena balasan dan celaka lah bagi siapa yang tidak undi Pas, macam tu ke??

“Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita,” katanya pada satu ceramah di Sungai Besar malam semalam.

Bukan itu sahaja, Pas juga sebelum ini pernah berkata bagi sesiapa yang memberi undi kepada calon Pas maka mereka akan mendapat ganjaran pahala dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Amboiiiii.... Pas ni da jual saham dan tiket ke syurga ke?

Kononnya siapa yang tak undi calon Pas akan dapat dosa dan siapa yang undi akan dapat pahala... Alasannya kerana calon yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Hadi bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang.

Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan. Kononnya Hadi ni nak kata yang hanya calon Pas Dr Rani Osman tu sorang je yang amanah dan bertanggungjawab.

Bukan tu je, siap dikatakan terlalu jujur kerana telah melafazkan sumpah bai'ah bagi memastikan mereka tidak menyimpang dari prinsip-prinsip parti Islam itu.

“Kalau khianat akan dilaknat oleh Allah..

“Sebab itu wakil PAS tak makan dedak walaupun orang tabur dedak,” katanya, merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini berkata bahawa beliau telah menemui Hadi bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi “apa yang dia nampak ialah dedak."

Ohhhhh... maknanya calon yang lain jahat dan tidak bertanggungjawab la, berdosa besar kalau undi dorang eak?? Ooooo.. kalau macam tu korang undi la Pas sebab senang sikit nak masuk syurga haha! - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top