0

Tudiaaaa aihhh.... eshhh... eshhhh.. eshhh...! Siapa la punya kerja yang khianat sangat ni?? Dengki betul la dorang ni... Hati busuk!! Sanggup merosakkan harta benda orang lain...

Siapa la punya kerja ni yang rosakkan billboard Parti Amanah Negara (PAN). Tak bertanggungjawab langsung.

Sepatutnya kita haruslah berkempen dalam suasana yang harmoni dan aman semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, bukannya sengaja timbulkan provokasi dan pergaduhan macam ni. Langsung tak profesional dan kebudak-budakan.

Kejadian mengkhianati billboard PAN ini berlaku di Kuala Kangsar... kalau kita tengok keadaan billboard yang rosak tu Gomez pasti sangat ini semua angkara individu yang berhati busuk! Hati hitam!!

Tapi siapa agaknya ya?? Sampainya hati sabotaj billboard PAN... kesian dorang sudah la modal tak banyak huhuuu! Billboard pulak rosak! Menangis dorang... Agaknya diapa la yang benci sangat dekat parti PAN yang dianggap serpihan PAS ni yer??

Mungkinkah ini semua kerja angota-angota PAS?? Atau mungkin juga ini semua angkara penyokong-penyokong PAS yang bencikan parti serpihan itu. Iyela parti mana lagi yang bermusuhan dengan PAN kalau bukan PAS, betul tak??

Tapi Gomez tak berani jugak nak tuduh kang free je berdosa... Boleh jadi ahli pakatan sendiri yang buat khianat siapa tahu kan. Tengok dari keadaan billboard tu memang sah-sah ini adalah angkara makhluk Allah.

Nak kata yang billboard tu rosak teruk sebab angin kencang tak jugak sebab ada kesan toreh kat tengah tu... Tak mungkin angin yang ‘toreh’ betul tak??

Dah la ini first time PAN masuk bertanding PRK hahaha kesian dorang. Sepatutnya kita mengamalkan persaingan secara sihat...

Contohnya seperti parti Barisan Nasional (BN). Langsung takde buat tindakan yang boleh mengkhianati parti lain... Bak kata orang amalkan persaingan secara sihat dan bukannya dengan cara sabotaj dan kotor.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top