0


Nampak Ramadhan tahun ini ramai sungguh artis tempatan yang berpuasa di tanah suci Mekkah.. Di awal Ramadhan Mira Filzah dan keluarga telah berangkat untuk menunaikan umrah, diikuti pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya.. Terkini, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad pula akan berpuasa di tanah suci pada 27 Jun sehingga 4 Julai.. Sekali lagi Haji Nabil dapat berpeluang untuk berada di Mekkah, kali ini lebih istimewa Nabil akan pergi bersama isteri tercinta.. Nabil pergi umrah sebab akan ada penggambaran ‘Perjalanan Haji Nabil’, sebab itu Nabil secara tak langsung dapat bawa isteri sekali ikut.. Menunaikan umrah adalah pertama kali buat isterinya.. Nabil akui gembira kerana 10 terakhir dapat berpuasa di tanah suci.. Disebabkan bakal menunaikan umrah bersama isteri, ramai orang nampaknya dah mengkritik Nabil.. Puncanya sebab imej isteri Nabil iaitu Zira Ayob yang tak bertudung.. Antara komen pedas ialah, “Umrah bukan perkara wajib, suruh isteri tutup aurat itu yang wajib”.. Ada juga pihak yang merasakan Nabil seperti riak sebab dah dedahkan pada media bakal mengerjakan umrah bersama isteri.. Shiela Rusly dan keluarga pergi menunaikan umrah beberapa hari lepas tak kecoh-kecoh pun.. Dapat tahu Shiela dah selamat sampai di Mekkah saja.. Sama-sama doakan pulang dari mengerjakan umrah, isteri Nabil akan terbuka pintu hati untuk menutup aurat.. Tapi, artis pergi mengerjakan umrah dah macam pergi melancong saja.. Sharifah Sakinah balik dari umrah macam tu jugak tak berhijab.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top