0

Makin hari makin menjadi-jadi pulak isu kontroversi kenyataan Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman yang menyamakan golongan yang menentang dan menolak agama Islam dengan kafir harbi.

Kali ini Biskop katolik Emeritus Dr Paul Tan Chee Ing pulak nah masuk campur... Dakwanya kenyataan Mufti Pahang itu mampu menimbulkan hura hara kepada negara. Disebabkan itu, Paul sarankan pihak berkuasa masuk campur dan kalau boleh tangkap je Mufti Pahang tu... lebih kurang macam tu la maksud tersiratnya tu.

Alasan Paul yang suruh polis masuk campur tu kerana Mufti Pahang dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara disebabkan potensinya kepada keganasan terhadap warga yang patuh undang-undang.

"Jika tafsiran ini tidak diolak dan jika pengucapnya tidak ditahan untuk hasutan, hasutan terhadap undang-undang yang ada sekarang adalah tidak sah dari semua makna," tegasnya.

Paul  yang juga merupakan seorang yang lantang dalam isu-isu hak asasi manusia, terutamanya berkaitan kebebasan beragama turut mendakwa tidak patut bagi seorang Mufti menyamakan orang yang menentang Islam sebagai kafir hasbi walaupun mereka hanya menentang perlaksanaan hudud.

"Saya tahu ada kenyataan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, walaupun ancaman untuk membakar Alkitab, yang merupakan bahaya yang jelas kepada keselamatan negara ini seperti kenyataan mufti Pahang bahawa kafir harbi bagi orang-orang yang menentang Islam,

"Sebelum ini, ia dianggap bahawa hanya mereka yang memerangi umat Islam di bumi yang diperintah orang Islam atau dari wilayah berdampingan dengan wilayah-wilayah Islam adalah kafir harbi,

"Tetapi kini dengan apa yang dikatakan mufti Pahang itu, walaupun mereka yang hanya menentang permohonan hudud untuk kesalahan terhadap undang-undang syariah kini disamakan dengan pemberontakan atau pencerobohan terhadap Islam," jelasnya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top