0



Baru-baru ini, penyanyi Black Hanifah ada memuatnaik video berduet menyanyikan lagu raya dengan pelawak Achey Bocey.. Video itu dimuatnaik di akaun instagram milik Black, menerusi kapysen yang ditulis Black ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri pada semua..

Video itu dirakam waktu Achey dan Black dalam kereta bersama anak sulung Black iaitu Dayyan.. Video tu menunjukkan anak Black diletakkan di bahagian tengah antara pemandu dan penumpang, alah tempat nak tarik gear tulah..

Black dan Achey pun nampaknya masing-masing duduk dalam kereta tanpa pakai tali pinggang keselamatan.. Kalau artis diminta mengulas tentang keselamatan jalan raya, selalu ja ingatkan semua orang untuk utamakan keselamatan dan pakai tali pinggang..

Diri sendiri bila bawa kereta tak ingat nak pakai tali pinggang keselamatan pulak? Disebabkan itu Black dan Achey dikecam netizen tak memakai tali pinggang keselamatan.. Ada juga antara netizen yang marah Black sebab tak menjaga keselamatan anaknya..

Kalau budak-budak diletakkan dalam kereta, sepatutnya keselamatan anak adalah yang paling penting.. Malang tak berbau, kalau nak jadi tak akan diberi amaran terlebih dulu.. Kalau Achey bawa kereta waktu itu dan dah tekan emergency break, mahunya tak tercampak anak Black tu kedepan?

Sebab tu selalu dengar dalam surat khabar bila berlaku kemalangan bayi tercampak keluar kereta.. Kalau anak-anak dipakaikan tali pinggang keselamatan payah nak berlaku bayi akan tercampak keluar.. Bila benda dah jadi baru nak menyesal.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top