0

Telah di ketahui umum BN menang besar di parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, keputusan ini telah menunjukkan bahawa BN masih diberi kepercayaan dan menjadi pilihan utama rakyat berbanding parti pembangkang.

TS Shahrizat Abdul Jalil manjelaskan peningkatan peratusan pengundian di PRK menunjukkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan telah meningkat, serta rakyat juga memberi kepercayaan penuh untuk projek pembangunan yang bakal dilaksanakan  oleh kerajaan BN.

Selain itu, beliau juga memberi penghormatan kepada jentera wanita umno yang banyak membantu calon BN untuk berkempen. Semangat wanita umno yang telah berkempen dari rumah ke rumah untuk berjumpa dengan penduduk tidak hanya sia-sia setelah kemenangan BN.

Kemenangan ini juga merupakan hadiah kepada penat lelah wanita umno yang berusaha berkempen walaupun dalam bulan ramadan. Mungkin, kemenangan BN bagi ke dua-dua parlimen dapat menghilangkan segala penat lelah mereka.

Dalam pada itu, agenda pembangkang untuk menghasut rakyat membenci BN tidak menjadi kenyataan. Malah memberi peluang ini untuk rakyat berfikir sikap sebenar pembangkang dan menilai corak kepimpinan mereka.

"Kemenangan itu boleh diumpamakan sebagai mahkamah rakyat, membuktikan BN kekal menjadi pilihan utama dengan peningkatan sokongan yang diterjemahkan dalam bentuk majoriti yang lebih besar ", ujarnya

Provokasi mengenai keperibadian calon BN juga, bukan penghalang untuk BN kekal menang kerana calon BN dan jentera sendiri dapat menepis semua tohmahan pembangkang. Jadi rakyat boleh menilai kerjasama yang di tujukkan BN serta keperihatinan yang ditunjukkan hanya untuk kepentingan rakyat.

"Saya berharap Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, dapat memastikan semua perancangan yang dijanjikan akan ditunaikan",katanya. -HanezDot/Utaranews.com  

Post a Comment

 
Top