0

Pembangkang memang sudah sinonim untuk menabur fitnah dan menjadikan medan lawan semasa PRK, bagi membolehkan mereka melihat parti mana yang lebih berpengaruh.

Tapi tidak buat BN kerana agenda asal BN adalah bertanding untuk rakyat dan meneruskan projek pembangunan yang sedia ada untuk keselesaan penduduk.

Agenda ini ditegaskan oleh TS Annuar Musa untuk meneruskan perancangan pembangunan untuk rakyat di kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mungkin, ini akan memberi lebih manfaat kepada rakyat daripada puak pembangkang yang hanya mahukan kedudukan tapi abaikan kebajikan rakyat. Melalui PRK juga rakyat harus memilih parti politik yang betul, jika tidak semua perancangan untuk memajukan kawasan setempat akan terbantut.

Ahli parlimen juga penting untuk membawa suara rakyat semasa dalam parlimen. Jika memilih untuk calon yang dua bulan sekali baru nak jenguk penduduk jangan harap masalah rakyat akan dapat diselesaikan.

"PRK ini sangat penting. Adalah menjadi hak pengundi untuk memastikan agenda pembangunan tidak terbantut, hak dan suara mereka mesti diperjuangkan oleh wakil rakyat dalam Parlimen," katanya.

Nampaknya, BN telah menilai dan mengatur strategi dari awal lagi bagi memastikan semua agenda pembangunan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berjalan lancar.

Tapi pembangkang pula sebaliknya, tujuan berkempen mereka hanya berunsurkan hasutan dan ugutan kepada rakyat supaya membenci BN, tiada langsung inisiatif baru untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat yang sedia ada.

"Kedua-dua kawasan Parlimen itu sangat istimewa yang mana Sungai Besar mempunyai kawasan sawah padi dan pemilihan wakil rakyat yang dinamik akan membuka lebih banyak peluang kepada penduduk tempatan", katanya.

Selain itu, jentera BN juga mengamalkan kempen secara sederhana dan cara yang lunak begini sesuai dengan masyarakat berbanding pembangkang yang berkempen secara keras dan memaksa rakyat untuk menolak kerajaan BN.- HanezDot/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top