0

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di dua Pilihanraya kecil iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar, membuktikan bahawa Perdana Menteri DS Najib Razak diterima baik dan mendapat sokongan majoriti rakyat di negara ini.

Kemenangan bergaya ini juga menunjukkan kepimpinan Perdana Menteri dianggap antara yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Walaupun difitnah dengan pelbagai dakyah buruk oleh pihak pembangkang, DS Najib masih mengekalkan sokongan rakyat serta direstui oleh pengundi kedua-dua kawasan yang terlibat dengan pilihanraya kecil tersebut.

Pembangkang yang sebelum ini meramalkan BN akan tewas teruk kerana isu-isu yang mereka timbulkan, ternyata malu besar apabilapengundi di Kuala Kangsar membuktikan sebaliknya.

Walaupun dengan bantuan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, pembangkang masih tidak berupaya menghasut rakyat untuk membenci kepimpinan kerajaan dan juga menolak parti BN.

Mahathir pastinya menjadi insan yang paling kecewa apabila ramalan beliau yang mengatakan Najib dan BN akan tewas serta hilang wang deposit, tidak menjadi kenyataan.

Tahniah DS Najib Razak kerana masih kekal utuh menerajui BN untuk mencapai kemenangan besar selepas Pilihanraya negeri Sarawak.

Pembangkang pastinya melalui masa-masa yang sukar selepas ini kerana rakyat sudah mula mengenal yang mana pihak yang hanya tahu bercakap kosong, dan mana pihak yang mampu mentadbir dengan baik.

BN terbukti lebih dipercayai berbanding Pakatan Harapan. Mat sabu serta Guan Eng pastinya menangis kekecewaan pada malam ini. -Utaranews.com

Post a Comment

 
Top